Thursday, October 12, 2006

Komentar :: Misha Omar - Nafas Cinta


Hampir dua tahun tanpa album, nama Misha Omar seakan-akan hilang daripada dunia seni. Sikapnya yang menyepi daripada publisiti turut menyebabkan khalayak tertanya-tanya ke mana menghilangnya penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kemunculan terakhirnya di depan khalayak adalah ketika mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu.Terbaru, Misha akan tampil dengan single berjudul Nafas Cinta yang bakal ke udara di corong-corong radio tidak lama lagi. Mendengarkan judul album tersebut, terdetik dalam minda apakah ia ada kena-mengena dengan kisah percintaannya dengan seorang pemuzik seperti yang pernah digosipkan. Sambil tersenyum Misha berkata Nafas Cinta sangat istimewa. "Tetapi jangan salah faham... saya sukakan lagu tersebut kerana lagu itu menghimpunkan beberapa elemen muzik di dalamnya seperti klasikal India."

Sumber :: Melaka Hari Ini

Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
 

P0PdRIVE Copyright © 2008