Tuesday, October 17, 2006

Komentar :: Captain Jack - Sempurna


Captain Jack, satu nama yang cukup asing bagi penggemar muzik tanahair. Sememangnya tidak menghairankan jika orang kurang mengenali band ini. Band yang ditubuhkan pada 4 Disember 1999 ini bermula sebagai band 'indie'. Dan pada awalnya mereka cukup lantang sebagai anti major label. Tapi selepas mereka memberi kesan kepada muzik Indonesia hasil dari mini album 'Unmindless' mereka pada 2004, mereka mula memperkembangkan pengaruh dengan menghasilkan karya mereka dengan major label pada Disember 2005 dengan album 'Some Think About'. Single pertama mereka yang berjudul 'Sempurna' berjaya menarik perhatian peminat-peminat muzik Indonesia. Hasil karya mereka dalam album ini menampilkan muzik alternative yang agak keras yang lebih cenderung pada grunge dan punk. Ini jelas memberi identiti tersendiri pada mereka dalam industri muzik Indonesia. Mereka dianggotai oleh Momo -vokal, Zuhdil - guitar, Novan - bass, Ismad - Ismed, dan Andi - drum. Walaupun hasil karya mereka bukanlah dalam genre yang popular ketika ini, namun kualiti karya mereka pada tahap terbaik.

Credit to : Budak Band - thanks for informing me about this band.

Official website Captain Jack

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
Tonton videoklip 'Sempurna'
 

P0PdRIVE Copyright © 2008