Mungkin agak terlewat untuk komen lagu ini. Tapi bagi sesiapa yang belum mendengar lagu ini, ini peluang terbaikmendengar satu lagi hasil terbaik band dari seberang. Mula tertarik mendengar lagu ini pada setiap kali preview atau iklan filem ini ditayangkan di televisyen. Pada waktu itu lagu ini sebagai muzik latarnya. Band Kunci ini memang mempunyai kebolehanyang agak menarik dalam membawakan muzik 'grunge' sebegini. Tone suara penyanyinya mirip band dari US terutamanya seperti Pearl Jam danCreed. Tapi yang pastinya band ini agak 'low profile' sehinggakan amat sukar untuk memperolehi maklumat tentang mereka di internet. Mungkin ada pembaca komentar iniyang mempunyai informasi tentang Kunci, harap boleh berkongsikan bersama pembaca lain di sini. Apapun dengarkan lagu mereka ini dan anda pasti puas hati.Penilaian :: +++++
Muat turun :: MP3
