Sinopsis Bilut:Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau. Pada masa yang sama, Yazid mendapat tahu ada di antara peneroka yang berkomplot menjual semula baja-baja subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi mengaut keuntungan jangka pendek. Yazid juga cuba difitnah oleh sahabatnya sendiri, Hamzah yang mengatakan kononnya dia yang menjual baja subsidi secara haram. Tidak hanya itu, mereka juga menghadapi bahaya apabila masih ada saki-baki pihak komunis di kawasan hutan itu. Namun segala cabaran dihadapi dengan cekaldan kemudian kejayaan awal hadir dalam hidupnya apabila anaknya, Yusof, menjadi satu-satunya anak Felda yang melanjutkan pelajaran di Brussels dalam jurusan pentadbiran. Sinopsis penuh..
Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3
