Mungkin ramai yang sudah menilai suara Nordiana Mohd. Naim, 22, menerusi lagu Tak Punya Siapa yang dimuatkan dalam album Lembaran Syawal yang kini telah pun berada di pasaran. Tak Punya Siapa ciptaan Abai Os ialah lagu pengenalan Ina untuk bergelar penyanyi. Selain Tak Punya Siapa, Ina turut menyanyikan lagu Joget Lebaran bersama kumpulan Hijjaz, Mestica, UNIC, Suhaimi dan Ae-man.“Sebenarnya Ina seperti tidak percaya boleh merakamkan lagu tersebut. Terima kasih kepada Hijjaz Records kerana memberi kepercayaan pada Ina. Banyak perkara lagi yang perlu Ina pelajari terutama dari segi lenggok nyanyian. Sekarang ini pun Ina sedang belajar vokal dengan cikgu Syafi,’’ kata Ina penuh semangat. Lagu Tak Punya Siapa berkisar tentang kehidupan anak-anak yatim. Kata Ina, lagu itu sesuai dengan dirinya. “Mesti orang fikir lagu itu berkaitan peribadi Ina. Sebenarnya lagu itu berkaitan anak-anak yatim,’’ katanya yang mengambil masa dua jam untuk merakamkan lagu tersebut. Tambah Ina, sewaktu rakaman lagu itu dia fikirkan situasi dirinya jika berada di tempat anak-anak yatim dan bukan memikirkan nasib dirinya yang putus tunang. Ina yang mengamalkan minum air suam sebelum memasuki studio rakaman berkata, apa yang penting lagu tersebut menitikberatkan soal kasih sayang anak kepada ibu bapa.Selain lagu Joget Lebaran dan Tak Punya Siapa, album Lembaran Syawal turut memuatkan lagu-lagu Suara Takbir dendangan asal P. Ramlee, Nasihat Ramadan oleh Nada Murni dan lagu Minal Aidin Wal Faizin (Hijjaz, UNIC, Mestica dan Suhaimi).Kesemua lagu yang terdapat dalam album itu dirakamkan di studio Hijjaz Records.Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album itu ialah Salam Pertemuan (UNIC), Ramadan Bulan Puasa (Ae-man) dan Semerbak Aidil Fitri (Mestica). Dalam album itu juga diselitkan dua buah puisi yang dideklamasikan oleh Ina.
Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3
