Thursday, October 12, 2006

Komentar :: Faizal - Maha Karya Cinta


Faizal, naib juara One In Million berjaya mendapat perhatian pendengar tanahair dengan single pertamanya yang juga telah dipersembahkan pada malam peringkat ahkir lalu yang berjudul 'Maha Karya Cinta'. Lagu ciptaan Mok dan lirik oleh Shah Shamsiri cukup baik baik dari segi melodi, lirik mahupun susunan muziknya. Vokal Faizal juga cukup mantap ketika menyanyikan lagu ini. Tiada siapa mengenali Faizal sebelum ini walapun dia merupakan bekas penyanyi kumpulan nasyid Mirwana. Tiada siapa juga bekas penyanyi nasyid ini memiliki tone suara yang baik dan kawalan vokal yang mantap. Langkah pertama yang baik bagi Faizal dengan hasil persembahannya yang memberansangkan.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Maha Karya Cinta

Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yg salah
Atau hanya helah saja

Ku masih mencintai diri kamu
Bila kau menjauh
Ku rindu

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta ...

Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu

Ku masih menyayangi diri kamu
Bila kau berlalu
Ku rindu ..

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta

Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kau lah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia
Kembalilah ..

Terimalah pesan daku
Yang akan terus menunggu
 

P0PdRIVE Copyright © 2008