Wednesday, October 4, 2006

Komentar :: Jaclyn Victor - Inilah Jac


Jaclyn Victor telah tampil dengan album keduanya yang berjudul 'Inilah Jac'. Album ini telah pun berada di pasaran pada 18 Julai yang lalu. Album ‘Inilah Jac’ memuatkan 10 buah lagu termasuk Inilah Masa’, ‘Selagi Bertahan’ serta duet bersama penyanyi dari Indonesia, Rio Febrian menerusi lagu ‘Ceritera Cinta'. Dengan menaruh lagu 'Cepat-Cepat’yang berkonsepkan pop dan R&B sebagai single pertama, Jac berharap agar peminat dapat menerima dimensi baru nyanyiannya. ‘Cepat-Cepat’ dicipta adalah Mode Ruffedge. "Saya tidak mahu lagu ini dibandingkan dengan ‘Gemilang’. Kedua-dua buah lagu mempunyai kekuatan serta identiti tersendiri," ujar penyanyi yang dinobatkan sebagai juara menerusi pertandingan Shanghai Asian Music Festival yang baru lalu. Penyanyi yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi kelab malam mengakui bahawa lagu tersebut merupakan antara lagu yang sukar untuk dinyanyikan. "Rentaknya begitu cepat sehinggakan saya tercungap-cungap untuk bernafas ketika menyanyikan lagu itu," terang Jac mengenai lagu itu.

Sumber :: Mstar Online

Penilaian :: ++++
Muat turun :: Full Album + Ceritera Cinta (feat Rio Febrian)
----------------------------------------------------------------------------------
Cepat-Cepat

Bulan di silih mentari
ku disapa dengan segarnya embun pagi
Terlena di laman ini
Berbumbungkan bintang
yang telah pergi

Tidak dapat ku lupakan
Semalam persis di awangan
Berakhirlah penantian
Tak tahan menahan perasaan
Dari menjadi jeritan

Ambillah ku cepat-cepat
Ikat daku erat-erat
Renung daku tepat-tepat
Mari dekat-dekat
Usah sekat sekat

Anganku sampai terlena
ku kembali semula ke alam yang nyata
Pada ayah juga bonda
Kan ku perdengarkan khabar
nan gembira
Tugas getir di hadapan
Kan ku asahkan kekuatan Cintamu jadi bekalan
Tak tahan menahan perasaan
dari menjadi jeritan

Dahulu hingga kini setiap yang terjadi
Kurasakan hikmah yang pasti
Semua yang kuhadapi segala rasa sunyi
Mengenangkan detik indah
Yang ku alami kini
----------------------------------------------------------------------------------
Ceritera Cinta

Jac:
Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Ohhh....

Rio:
Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Ohhh...

Jac:
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Rio:
Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui...oh..oh..

Jac & Rio:
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi(hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Jac:
Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Jac & Rio:
Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Jac & Rio:
Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Jac & Rio:
Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi(hanya mimpi)...yeah...yeah...
Akhirnya nanti kecewa
 

P0PdRIVE Copyright © 2008