Wednesday, October 4, 2006

Komentar :: Firdaus feat. Cat Farish & Akbar - Ku Berlari


Firdaus telah muncul dengan album terbaru mereka yang berjudul 'Dunia Yang Lebih Indah'. Album ini agak berlainan dari album nasyid yang mungkin kita dengar. Album ini lebih kepada pop kontemporari. Agak moden dan matang dari segi melodi, lirik dan gaya persembahannya. Album ini telah dilancarkan pada 28 Ogos yang lalu dan single terkini yang menjadi taruhan mereka adalah 'Ku Berlari'. Lagu ini adalah ciptaan Aydiel,Haris Isa, Cat Farish dan Akbar. Cat Farish dan Akbar juga turut diundang menyanyi bersama Firdaus untuk lagu ini. Mungkin mereka lebih sesuai untuk menyanyikan rangkap atau verse rap yang ada dalam lagu ini. Lagu ini menarik sebenarnya. Melodi yang bagus dan lirik yang positif dan penyampaian yang jelas.

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Ku Berlari

Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..
 

P0PdRIVE Copyright © 2008