Akbar, mungkin satu nama yang kurang dikenali. Akbar mula menceburi industri muzik tanahair apabila beliau menggantikan Yasin apabila Yasin keluar dari Brothers. Kemudian mempunyai album bersama Brothers dan kini mula bergerak secara solo namun masih lagi dibawah pengurusan Brothers. Sedikit latar belakang mengenai Akbar ini, pernah memenangi johan qari dalam pertandingan musabaqah AlQuran di Kolej Yayasan Mara Kota Bahru ketika beliau menuntut diperingkat matrikulasi. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya ke UPM. Mengenai vokalnya, beliau memiliki tone suara yang sedap dan juga kawalan vokal yang baik. Pernah diundang di konsert 'Dari Studio Satu' bersama Mawi. Album sulungnya ini yang berjudul 'Alpha' telah dilkancarkan pada 14 Ogos yang lalu dan kebanyakan lagu didalam albumnya dinyanyikan secara duet dengan Too Phat, Ahlifiqir, Mirwana, Mode x-Ruffedge,Yasin dan ramai lagi.Ini adalah senarai lagu di dalam album 'Alpha'
1. Perhitung feat Too Phat
2. Manusia Pelupa feat Tukang Kata(Ahlifiqir)
3. Usah Putus Asa feat Mirwana
4. Lagu Ini Hari Ini feat Syah & Mirwana
5. Alpha feat Devotees
6. Ummi feat Annur
7. Siapakah Di Hatimu feat Yasin & Mode of Ruff Edge
8. Youm wara Youm feat Bienda
9. Kemarau
10. Manusia Pelupa (remix)
Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Siapakah Di Hatimu
Wajahnya bermain main di mindaku
Kau yang kutuju kau matlamatku
Caraku paksinya cintamu
Kau yang ku tuju
Sedingin salju tenang jiwaku
Luas terbentang langit biru
Yang dihatiku tiada setaramu
Padanya asyikku buluh perindu
Siapa dihatimu
Siapa yg kau rindu
Siapa yg ada di dalam hatimu
Si dia di hatiku
Si dia yg kurindu
Si dia yg ada di dalam hatiku
Lepaskan aku daripada penjara rindu
Bila mungkinku menatap wajahmu
Tiada yang lain hanya kau kurindu
Siang dan malam ku mencari bayangmu
