Def Gab C, yang merupakan kumpulan rock pertama yang meraih Aunegrah Era 2001 menerusi lagu rock pilihan menerusi ‘Marilah Maria,’ kini tampil bersama album terbaru mereka berjudul ‘RWD 0106’. "Album ini menampilkan 8 buah lagu termasuk lima buah lagu lama yang diberi nafas baru ," ujar Eddie yang teruja akan konsep yang diketengahkan oleh kumpulan tersebut, yakni rakaman secara 'live'."Ini bukan merupakan album studio yang dirakam berkali-kali dan boleh diubah suai. Tetapi, rakaman ini dilakukan sekaligus dalam masa lima jam dan tiada suntingan," jelas Eddie mengenai produksi pertama Def Gab C Sdn Bhd bersama-sama syarikat Frimzz setelah menamatkan kontrak bersama Sony BMG.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah ‘Pelangi Petang’, ‘Berjuta Batu’ serta tiga lagu baru yakni ‘Risalah Hati’, ‘Asyik’ dan ‘Funky Disko’. "Lagu-lagu seperti ‘Pelangi Petang’ serta ‘Kenangan Mengusik Jiwa’ merupakan lagu-lagu nostalgia dari era 60an serta 70an yang jarang diputarkan di corong-corong radio. Kami mahu membangkitkan semula populariti lagu tersebut terutamanya di kalangan pemuda-pemudi generasi sekarang," ujar Eddie mengenai sebab mengolah semula lagu-lagu lama tersebut.
Album ‘FWD 0207’ serta ‘Def Gab C: Greatest Hits Alive’ pula akan menyusuli pada tahun hadapan pula. Pengeluaran tiga buah album secara berperingkat-peringkat adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun kesepuluh kumpulan tersebut berkecimpung di dalam industri muzik tanahair.
Sumber :: Mstar Online
Penilaian:: ++++-
Muat turun :: MP3
Track ::
Risalah Hati
Pelangi Petang
Berjuta Batu
Asyik
Kenangan Mengusik Jiwa
Lina
Funky Disko
Akan Ku Kenang
Full Album
