Sebenarnya agak lama untuk mendapatkan lagu ini. Akhirnya dapat juga. Lagu ini sebenarnya telah lama diputarkan di radio cuma albumnya sahaja yang baru dilancarkan bulan lepas. Mungkin strategi pemasaran. Namun apa yang ingin diperkatakan adalah mengenai lagu ini. Bila pertama kali mendengar lagu ini, pasti ramai yang berkata "macam lagu indon". Tidak dapat dinafikan unsur-unsur muzik yang diterapkan di dalam lagu ini hampir sama dengan kebanyakan muzik pop indonesia. Melodinya agak berbeza dengan lagu-lagu band Indonesia, tapi masih lagi dalam genre yang sama. Tapi yang peliknya, kenapa kita mesti bandingkan dengan band Indon? Adakah kita sudah meletakkan tanda aras piawaian atau standard untuk band tempatan sebelum kita membeli album mereka? Adakah band-band Indon mencapai tahap kualiti yang terbaik? Hakikatnya, memang ya. Ini yang terjadi apabila band-band Indon mengusai pendengar-pendengar muzik di tanahair. Apa yang berlaku ini sebenarnya macam ada persamaan apa yang berlaku di Amerika pada awal dan pertengahan 90-an apabila band-band dari Seattle lebih menonjol dengan hasil karya mereka. Tapi kemudiannya mereka entah kemana.Mungkinkah itu akan berlaku pada band-band Indonesia ini setelah hampir 8 tahun bertapak teguh di Malaysia? Tunggu dan lihat.Apapun untuk lagu ini, ia adalah percubaan yang menarik dari band muda tanahair.
Ulasan dari XFresh.fm:
"Janjiku" membuka kemungkinan, SOFAZ kini sudah bersedia untuk dikenali, dipuja dan diberi peluang untuk beraksi sehebat band tempatan yang lain.
Mengekalkan konsep 'Free Pop' sebagai genre muzik, SOFAZ masih dipelopori oleh lima orang ahlinya yang terdahulu iaitu Are-meer, Shah, Fairouz, One dan Zimi dan telah menambah seorang lagi anggota baru iaitu Rodie sebagai pemain keyboard.
Album kedua SOFAZ mempertaruhkan 'Janjiku' sebagai single pertama. Lagu yang tajuknya diambil sebagai nama album ini telah dicipta oleh seorang komposer muda bernama Taja, manakala liriknya ditulis oleh Tass. Lagu ini juga turut dirakamkan dalam versi akustik.
"Janjiku" padat dengan 12 buah lagu menarik, dengan satu lagu irama 60-an yang telah diberikan nafas baru bertajuk 'Kenanganku'. Lagu tersebut pernah dipopularkan oleh Jerfydin.
Apa yang pasti "Janjiku" mampu memberi kepuasan maksima kepada penggemar muzik SOFAZ. Suara vokalisnya kini ternyata lebih baik dari dulu, sudah matang dan ada gaya unik yang boleh dibanggakan. Susunan muziknya juga baik, puas didengar dan menghiburkan.
"Janjiku" memberikan harapan kepada Suria Records bahawa album kedua SOFAZ kali ini memang boleh laku di pasaran, tidak seperti album pertama mereka dua tahun yang lalu.
Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3 + Chord
----------------------------------------------------------------------------------
Janjiku
Berulang kali ku mencuba memujuk dirimu cuba menjernihkan..
Pertelingkahan antara kita berdua...
Kau hilang dan terus membisu beginikah cara kau menghukum aku..
Atas kesilapanku menduakan dirimu..
Maafkan aku..
Tak terlintas difikiranku melukai kamu permainkan cinta
Yang telah kau berikan sepenuhnya padaku...
Tiada dua atau tiga pengganti dirimu pada kau yang satu
Ku abadikan cinta selamanya
Hanya padamu kekasihku..
Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu..
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji..
Terimalah ku kembali kasih..
Biarpun ribut melanda namun tetap aku berdiri menunggu
Agar terbukti janjiku padamu..
Tidakkah terdetik hatimu untuk memaafkan kesalahan aku
Berikan peluang sekali lagi..
Hanya ku pinta..
Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...
(Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan)
Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...
Terimalah ku kembali kasih..
