Tuesday, October 3, 2006

Komentar :: Ungu - SurgaMu


Ungu telah menghasikan sebuah album mini terbaru yang berjudul SurgaMu. Album ini adalah album ketuhanan dan sememangnya dilancarkan ketika untuk menyambut Ramadhan. Album ini sepatutnya mengandungi 10 buah lagu, namun disebab kebatasan waktu, hanya 5 buah lagu sahaja yang sempat dimuatkan. 4 buah adalah lagu baru manakala lagu 'Shalawat' cuma diubahsuai susunan muziknya.Apa yang menarik tentang album ini adalah, ia telah terjual sebanyak 150 ribu unit dalam masa 10 hari selepas dilancarkan. Mungkin ini dibantu pengaruh Ungu dari album terdahulu iaitu 'Melayang' yang terjual lebih 900 ribu unit. Sebenarnya macam menjadi satu trend pula apabila band Indonesia ini menghasilkan album-album ketuhanan. Bermula dengan Gigi, Ungu dan Radja. Namun sekurang-kurangnya mereka aktif dan kreatif berkarya dengan hasil yang terjaga kualitinya.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3

Track:
i. Surga Mu
ii. Andai Ku Tahu
iii. Doa
iv. Selamat Lebaran
v. Shalawat

Link lain : bocahklene.multiply.com
 

P0PdRIVE Copyright © 2008