Tuesday, November 7, 2006

Komentar :: Kunci - Terbuka


Pernah ada posting sebelum ini untuk lagu 'Tiada Yang Bisa' iaitu lagu runut bunyi untuk filem 9 Naga. Kali ini di posting untuk keseluruhan album mereka. Sememangnya cukup susah untuk mencari info mengenai mereka.Untuk gambar kulit album juga tidak pernah jumpa. Album mereka yang berjudul 'Terbuka' ini telah dikeluarkan pada penghujung tahun lepas. Mungkin sudah setahun album ini berada dipasaran Indonesia. Dan rasanya album ini tidak dipasarkan di Malaysia. Mungkin belum bersedia unutk ke sini. Apapun yang lebih menarik perhatian tentang album mereka ini ialah hasil karya mereka yang boleh dikatakan agak mengagumkan. Mengagumkan kerana belum pernah mendengar ada band Indonesia atau Malaysia yang menghasilkan lagu sedemikian rupa. Kualiti lagu yang dihasilkan seperti lagu dari kebanyakan band dari US. Band ini rasanya cukup terpengaruh dengan band-band Seattle Sound dari US. Lagu-lagu mereka dapat memberi gambaran muzik yang mempengaruhi mereka. Memang cukup puas hati bila mendengar lagu-lagu mereka ini. Cubalah dengar..

Penilaian :: +++++
Muat turun :: MP3
Track :
Pengkhianatan Yang Terbaik
Hidup Hanya Sekali
Tanpa Rencana
Action
Arogan
Hilang
Artis Instan
Tiada Yang Bisa
Kepada Yt
Sendiri
 

P0PdRIVE Copyright © 2008