Kehebatan filem Cicak-man, arahan Yusry diperkuatkan lagi dengan album bunyi runut atau Soundtrack yang mengandungi lagu-lagu hebat dan berkualiti. Dapatkannya di pasaran sekarang. Pasti anda sudah memiliki album bunyi runut Cicak-Man. Terkandung didalamnya lapan trek lagu dengan selingan dialog ?dialog di dalam filem Cicak-Man di antara lagu-lagu tersebut. Bermula dengan sebuah lagu rancak berjudul Cicak-Man dendangan kumpulan The Times, lagu ini segar malar dan cukup menghiburkan. Dicipta oleh Edry Abdul Halim, anda pasti akan goyang kaki apabila mendengarnya kerana susunan muzik sungguh padat dan hebat. Sebuah lagu dendangan kumpulan Spider turut dimuatkan. Lagu yang berjudul Telinga Ke Tulang adalah lagu yang kerap diputarkan di radio ERA. Lagu berentak pop rock ini juga menjadi pilihan saya di dalam album ini.Apa yang menarik ialah lagu nyanyian pengacara nombor 1 Aznil Nawawi yang berjudul Profesor Klon. Sekali lagi Edry membuktikan beliau adalah composer berbakat besar dan vocal Aznil sungguh memeranjatkan. Beliau Berjaya menghidupkan lagu itu sebagaiamana watak beliau di dalam file ini iaitu Profesor Klon yang jahat. Syabas Aznil! Anda boleh mendengarnya dengan lebih kerap kerana ia kini antara lagu-lagu yang menjadi pilihan di dalam program Pilihanmu Di ERA.
Lain-lain lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti Diari Seorang Lelaki dendangan Pretty Ugly, Menunggumu oleh Ezlynn, Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi oleh Yusry dan Dialah Aku dendangan Syuga. Album Cicak-Man nii diterbitkan oleh KRU Music Group dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia.
Sumber :: ERA.fm
Password : www.lagubaru.net
Penilaian:: ++++
Muat turun:: MP3
Aznil Nawawi - Profesor Klon
Dr.Kronik - Bukan Ilusi
Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki
Spider - Dari Telinga Ke Tulang
Syuga - Dialah Aku
The Times - Cicakman
Yusry - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
FULL Album - CicakMan Soundtrack
