SUATU ketika, ramai terpikat dengan kemampuan seni mereka yang tidak sebaya dengan usia sebenar. Maklum balas yang positif diterima menerusi dua album mereka yang terdahulu - Antivirus dan Analogi. Antara lagu hit mereka adalah Delaila dan Pak Belalang.Terkini Kristal yang dianggotai Mohamad Razlan Mohemed Yusof (Razlan), Mohamad Rodi Baharuddin (Rody), Izaluddin Ibrahkim (Izal) dan anggota baru, Mohd Nurasraf Baharuddin (Asraf) yang comel, kembali menyandarkan harapan terhadap album Rock Yeh Yeh 60'an.
Baru saja berada di pasaran Oktober lalu, sambutan ke atas Rock Yeh Yeh 60'an menggalakkan kerana sudah mencecah angka jualan kira-kira 20,000 unit.
"Kami sememangnya bersyukur dengan pencapaian yang membanggakan ini. Sebelum ini banyak dugaan melanda kumpulan kami selepas pemain dram asal, Ainol Eqraf Ramli, mengundur diri. Pisang berbuah dua kali, apabila pemain dram gantian ketika itu, Johari Yusof, pula meninggalkan kami," ujar Razlan selaku vokalis Kristal.
Dalam Kristal tercari-cari pemain dram yang mampu mengekalkan identiti sekali gus trademark mereka, rupanya pengganti yang berpotensi itu ada di depan mata. Dia adalah adik Rody sendiri, Asraf yang baru berusia 13 tahun!
Bagaimanapun kata Razlan, memandangkan usia Asraf masih terlalu muda dan bersekolah, kehadirannya belum ditetapkan sama ada kekal atau sementara.
"Kami akui agak susah mencari pemain dram yang bukan saja berbakat namun komited dan serasi dengan Kristal. Demi masa depan, kami membuat beberapa uji bakat malangnya usaha itu gagal. Kebetulan selepas mendengar Asraf boleh bermain dram, kami terus mencuba bakatnya," cerita Razlan.
Selepas menilai corak permainan Asraf yang juga pernah menjadi krew Kristal, dia terus diterima.
"Saya memang minat bermain dram sejak umur empat tahun lagi. Bakat saya diwarisi daripada ayah dan abang saya Rody. Saya banyak berlatih dengan Paie, pemain dram kumpulan Empire," kata Asraf yang masih malu-malu.
Apa yang jelas, sekalipun anggota kumpulan pernah bertukar ganti, Kristal tidak goyah. Apa yang menarik, kali ini, Kristal memberi fokus kepada muzik yang mendewasakan ayah dan ibu mereka, Pop Yeh Yeh.
"Selepas lagu Keindahan Pantai yang kami rakam dulu berjaya diterima, kami makin bersemangat memberi satu lagi tribute kepada lagu Pop Yeh Yeh tetapi dalam konsep rock tersendiri," akui Razlan.
Rock Yeh Yeh 60' yang diedarkan Music Valley memuatkan 10 lagu yang pernah menjadi siulan lebih empat dekad lalu iaitu Ayahku Kahwin Lagi, Kenanganku, Baju Hijau, Ikan Todak, Tak Mengapa, Dendang Remaja, Bibir Mesra Jiwa Parah, La Obe, Suzana dan Oh Fatimah.
Sumber :: emedia.com.my
Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
Ayahku Kawin Lagi
Tak Mengapa
Baju Hijau
Bibir Mesra Jiwa Parah
Dendang Remaja
Ikan Todak
Kenanganku
La Obe
Oh Fatimah
Suzana
